-
Menyampaikan bil cukai taksiran kepada pemilik harta selewat – lewatnya 15 Januari ( setengah tahun pertama ) dan 15 Julai (setengah tahun kedua )
-
Penyediaan perjanjian sewaan akan diuruskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh tawaran penyewaan dikeluarkan.
-
Memproses permohonan Lesen Premis Perniagaan Dan Papan iklan Tidak Berisiko Tinggi dan memaklumkan keputusan dengan kadar segera atau dalam tempoh 1 hari dari tarikh permohonan diterima dengan syarat semua dokumen adalah lengkap.
-
Memproses permohonan lesen membuka tempat hiburan / lessen hiburan dan lesen yang berisiko tinggi akan dibawa ke Mesyuarat Jawatan kuasa Pelesenan Dan Penguatkuasa dan memaklumkan keputusan dalam tempoh 1 minggu selepas mesyuarat.
-
Memberi maklumbalas aduan online dalam tempoh 3 hari.
-
Proses kelulusan sewaan peralatan Majlus Daerah Bera dalam tempoh satu (1) minggu dari tempoh permohonan.
-
Bertanggungjawab mengatasi masalah yang berkaitan dengan kacauganggu kesihatan dalam tempoh 3 hari.
-
Bertanggungjawab melaksanakan program pencegahan ke atas penyakit bawaan vektor dalam tempoh 7 hari.
-
Bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah bagi aktiviti pembasmian kawasan kes / wabak Demam Denggi dalam tempoh 24 jam.
-
Mengambil tindakan siasatan pengaduan awam dalam tempoh 2 hari selepas pengaduan di terima dan menghantar maklumbalas dalam tempoh selewat-lewatnya 7 hari selepas tindakan siasatan dijalankan.
-
Menjalankan pemeriksaan bagi menaiktaraf kebersihan premis makanan kepada markah minima yang dikehendaki iaitu 70% untuk setiap premis makanan dilaksanakan 3 kali seminggu.
-
Permohonan kelulusan pelan landskap dalam masa 25 hari.
-
Permohonan menyediakan perkhidmatan hiasan bunga diluluskan dalam masa 3 hari.
-
Semua pembayaran cek akan dikeluarkan tidak lewat 14 hari dari tarikh tuntutan lengkap diterima.
-
Memastikan penyata kewangan tahunan disediakan mengikut standard perakaunan yang diterima umum selewat- lewatnya 30 April tahun berikutnya.
-
Semua tuntutan bayaran dari kontraktor akan dikemukakan kepada pihak pembayar dalam masa 1 minggu.
-
Proses penyelesaian permohonan kompaun dalam tempoh 10 minit.
-
Proses penyelesaian permohonan tuntutan barang sitaan dalam tempoh 30 minit.