MENU

SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN GELANGGANG-GELANGGANG KOMPLEKS SUKAN MAJLIS DAERAH BERA PADANG LUAS

 

 

1. Pakaian :-

 

- Semua penyewa hendaklah berpakaian sukan yang sesuai dengan permainan.

 

2. Etika :-

 

- Hendaklah membuang sampah kedalam  tong sampah yang disediakan.

- Tidak dibenarkan makan di dalam mana-mana gelanggang.

- Tidak dibenarkan merokok di dalam mana-mana gelanggang kecuali di zon merokok yang telah di sediakan.

- Sentiasa mematuhi waktu yang telah ditetapkan, tidak melengah lengahkan serta segera berhenti setelah masa penyewaan tamat bagi memudahkan penyewa lain menepati masa serta mengelakkan dari caj tambahan masa dikenakan.

 

3. Kemudahan / Tanggungjawab :-

 

- Pihak majlis hanya menyediakan kemudahan gelanggang dan net (jaring)sahaja, sebarang peralatan permainan hendaklah disediakan sendiri oleh penyewa.

- Sebarang kerosakan peralatan kompleks / gelanggang yang berlaku semasa permainan adalah dibawah tanggungjawab penyewa.

- Pihak majlis tidak akan bertanggungjawab keatas apa-apa kecederaan atau kemalangan yang berlaku semasa permainan / perlawanan.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 17 Januari 2018 - 10:00am