MENU

Kerajaan Negeri Pahang sedang merangka Pelan Digital Negeri Pahang 2021-2025. Pelan ini akan menentukan halatuju, prinsip dan strategi digitalisasi pelbagai sektor di dalam Negeri Pahang. 

Objektif pelan ini adalah untuk mewujudkan ekosistem digital yang holistik di dalam Negeri Pahang merangkumi perkhidmatan awam, pengurusan syarikat kerajaan negeri dan gaya hidup digital oleh rakyat negeri ini. 

Maklumbalas rakyat sangat dialu-alukan bagi sama-sama memberikan pandangan, cadangan dan buah fikiran bagi menjayakan pelan ini. 

pelandigital.pahanggo.com