MENU

Dimaklumkan bahawa Kaunter Pandu Lalu ( Drive-Thru ) Majlis Daerah Bera mula beroperasi pada bulan Januari sehingga 29 Februari 2016. Pembukaan kaunter pandu lalu ini memudahkan pelanggan Majlis Daerah Bera yang datang berurusan.

Kaunter Pandu Lalu ( Drive-Thru ) Majlis Daerah Bera menerima bayaran bagi cukai taksiran, sewaan, permit dan pelbagai. Pelanggan hanya perlu mengemukakan bil terkini / bil terimaan pelbagai semasa membuat pembayaran di kaunter pandu lalu.

Waktu operasi Kaunter Pandu Lalu ( Drive-Thru ) Majlis Daerah Bera adalah seperti berikut : -

ISNIN - KHAMIS : 8.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
                             2.00 PETANG - 3.45 PETANG

JUMAAT             : 8.30 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
                             2.45 PETANG - 3.45 PETANG

SABTU / AHAD / HARI KELEPASAN AM - TUTUP

Pelanggan yang berurusan dinasihatkan agar menyediakan wang yang mencukupi semasa membuat pembayaran serta menyemak resit setelah pembayaran dibuat.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Jabatan Perbendaharaan, Majlis Daerah Bera di talian 09 - 250 1700 sambungan 1725 / 1726.